Setahun yang lalu.
Ahhhh ... buntu kepala ketika
mencari bahan untuk buku Mata Tak Berhijab siri ketiga. Deadline tinggal lima
hari lagi. Cuma satu cerita sahaja lagi.
Itu pun cuma cerita tambahan sekiranya mukasurat tidak mencukupi. Malam itu kena pergi ke tempat kemalangan
ngeri di bawah jejantas di KL.
Kata orang kalau ada kemalangan tragik, mesti
ada penampakan. Mesti ada emosi yang tertinggal di situ. Mesti ada peristiwa
yang terakam. Dan semuanya diceritakan dalam MTB3.
Dalam perjalanan balik, tiba-tiba
Hilmi beri cadangan singgah ke sebuah rumah atas bukit. Kepala diangguk asal
sahaja bukan memandu kereta. Jam di dash board melepasi waktu tengah malam. Jiman
dan Jehe terus membisu di belakang.
Gambar Hiasan - Ini rumah Amityville, Bukan rumah dalam cerita ni |
Hmmm ... seram pula memasuki
kawasan yang menuju ke arah rumah atas bukit. Kabus nipis menyelubungi jalan
masuk. Ranting pokok yang tidak berdaun memagari jalan. Suluhan lampu kereta
menerangi pemandangan. Sesekali terlihat ada pergerakan di atas ranting kering
yang gondol. Bayangan hitam mengagah-agah di balik batang pokok. Ehhh ... dia
main cak-cak pulak lah mambanggggg.
Gambar Hiasan - Bayang di balik pokok |
Kereta terus dipandu. Terang
lampu kereta menyuluh perjalanan. Entah dari mana, tiba-tiba seketul tengkorak tiba-tiba
muncul ditengah-tengah sebatang pokok di tepi jalan. Mungkin memberi salam
selamat datang agaknya.
Memandangkan ada di antara rakan
yang tidak berapa berani, malas pula nak memberitahu. Tak pasal-pasal semua
hendak patah balik.
Jalan dihadapan semakin gelap.
Tiada sebatang pun lampu jalan yang ada. Di sebelah kiri, terbentang luas
sebuah tasik. Ada sebuah binaan kecil seakan pondok batu di tengah. Mata terus
memandang ke arah binaan kecil. Ada
sesuatu diatasnya, ada benda putih. Ada lembaga putih terapung dan berlegar di
sekitar pondok. Permandangan mistik bermula.
Gambar Hiasan - Tasik yang Seram |
Perjalanan dilanjutkan. Pancaran
lampu kereta ditinggikan. Pohon jejawi di tepi jalan di suluh. Juraian halus
akar jejawi menyorokkan penghuninya. Seorang tua perlahan keluar daripada akar
yang berjurai bagaikan janggut Santa Claus.
Gambar Hiasan - Akar Jejawi |
"Nampak apa-apa bang?"
tanya Hilmi. Kepala diangguk. Tidak mahu memberitahu apa yang terlihat. Nanti
tidak suspen masa bercerita. Kereta mula mendaki bukit kecil. Ada selekoh ke
kanan di hadapan. Ada sebatang palang merentang di hadapan. Sebuah pondok kecil
dibina di sebelah. Kelihatan suatu lembaga sedang berjalan keluar daripada
pondok pengawal. Ada pengawal rupanya. Mungkin hendak bertanya.
Semakin lama semakin hampir. Laju
sungguh ia berjalan. Tetapi kenapa ia tidak berpakaian. Ahhhh ... sudah! Bukan
pengawal rupanya.
"Mie ... reverse. Cepat. Ada
benda jalan arah sini!" Lembaga bertubuh gergasi tanpa pakaian semakin
mendekati. Kereta semakin pantas diundur.
Tiba-tiba ia melompat dan naik atas kereta. Matanya dijegilkan. Mulut
dibuka seluasnya. Tangannya diluruskan ke hadapan sampai ke cermin.
Entah apa anginnya, ia melompat
lalu terus berlari ke dalam hutan. Sepantas kilat kereta dipandu meninggalkan
tempat misteri itu. Debaran melaju bagai keretapi. Kepala terasa bengal.
Berdenyut. Terkejut dengan penampakan. Rasa terkencing pun ada.
Apa benda yang terlihat di mata.
Apakah orang minyak atau manusia yang menyamar jadi hantu.
Gambar Hiasan - BayanganOrang Minyak |
MUNGKIN ....
Best betul citer ni
ReplyDeleteBest2...tau dah sapa yg tak brapa brani tuu...
ReplyDeleteTau tak pe. Hihihi
Deletefuuuhh!!! kalau saya bole nampak..dh pengsan dah...
ReplyDeletepale babi ko !
ReplyDeleteApahal nak bermolot longkang dan kurang ajat kat blog org pulak. Sah2 iq 0 dan eq below paras beku
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deleteencik zulkiflli hashim!lu tak payah nak mencarut looo pergi itu blog Alvin tan laaa Bro sana ade banyak spicies B$&@& tu!!!apa stupid retard lu Bro!!
Deletehuarghh!!! tak boleh bayangkan kalau alami sendiri. huhu
ReplyDeletetebaik.MTB 4 setia menanti tengah tahun ni.
ReplyDeleteMTB4 dah nak kuar...MTB3 x dpt lg....kat kedai buku x de... dah puas cari...
ReplyDelete