Sunday, 3 May 2015

Gambar sekitar pesta buku

Uniform semalam


Booth

Top blogger Ben Ashaari juga memberikan sokongan

Rakan lama - Omar Rahim ... Inilah Omar yg diceritakan dlm MTB2

Helena - blogger kental di Kelab Blogger Ben Ashaari



Di Kumpulan Utusan

Tuesday, 28 April 2015

SEMERU

Petikan daripada Semeru 31.8

(Pengembaraan, Pendakian, Penampakan Zulkifli Ahmad Idrus)
SEMERU
Diilhamkan daripada pemdakian sebenar 



Beberapa lelaki tua berkopiah memandang kepadanya. Sambil membersihkan kebun, mereka bercerita sesama sendiri sambil menoleh-noleh ke arah Firdaus. Seorang daripadanya mendekati pagar buluh perkebunan dan menegur Firdaus.

“Dari mana kalian ini?” tanya seorang lelaki.
“Malaysia pak. Mahu mendaki Semeru,” sahut Firdaus mesra. Lelaki bertubuh kecil berkulit hitam ini terus memandang Firdaus. Matanya seakan-akan bersinar memandang pendaki Malaysia ini. Tangan dihulurkan dan disambut oleh Firdaus. Sejuk terasa tangan lelaki tua itu.
“Kamu punya keistimewaan. Gunakan sebaik mungkin. Ingat Allah selalu. Itu adalah anugerah. Kalau kelihatan apa-apa yang ganjil, biarin sahaja. Mereka ngak ganggu,” sambung lelaki kecil itu. Firdaus mengangguk lantas senyum.
“Hoi, Daus. Apa lagi tercegat seorang diri kat depan pagar kebun tu. Dah tu ... cepat sikit”, jeritan Iznul mengejutkan Firdaus daripada lamunan.

“Interview penduduk tempatan”. Iznul memandang tepat ke muka Firdaus. Dia menggelengkan kepalanya. Matanya memberikan isyarat untuk Firdaus memandang ke hadapan. Tapak tangannya dipusing-pusingkan tanya tiada siapa yang kelihatan.
Ranu Kumbolo - Gambar Hiasan 
Terkejut Firdaus bila melihatkan lelaki bertubuh kecil dan rakan-rakannya hilang dihadapan mata. Hanya yang tinggal bau-bauan limau purut dan pandan mengelilinginya. Tenang dan nyaman, senyaman udara pagi Ranupani. Ahhh ... pandangan tanpa hijabnya telah bermula. Firdaus tersenyum sendirian.
“Cepat sikit. Tak pasal lambat pula nanti,” jerit Faizal. Nazri memandang muka Firdaus. Diwajahnya tergambar persoalan.
“Apaan yang kelihatan? Lelaki tua? Lelaki muda? Perempuan tua atau muda?” tanya Nazri bertalu-talu. Firdaus menggelangkan kepala dan memberikan isyarat untuk terus berjalan. Dia tidak mahu bercerita sekarang ini. Mesti ada yang tidak sampai puncak pula nanti!


PINGGIR hutan mula dimasuki. Badan mulai hangat walaupun suasana dalam hutan masih dingin. Sesekali Nazri mengerling telefon pintarnya. Suhu yang tertulis di hadapan matanya memang memeranjatkan. Masih 12 darjah celcius. Beberapa penduduk tempatan memberikan senyuman tanda sokongan kepada para pendaki ini.
“Dari sini kita mulakan pendakian,” jelas Iqbal di suatu simpang sebuah denai kecil yang merupakan jalan masuk untuk pendakian ke Semeru. Beberapa orang porter yang membantu kumpulan-kumpulan lain, sedang berjalan dengan pantas memintas kumpulan Iqbal.
“Apaan yang dikejarin Pak Herman? Ngak kan lari gunung dikejar. Kumpulan dari mana?” seloroh Pak Rahman kepada ketua kumpulan porter yang sedang memotong jalan mereka.
“Jakarta. Ngak mahu kehilangan cahaya,” terang Pak Herman.

HANYA DI E BOOK 


Lapan sahabat, dua negara, satu pengembaraan.Pengembaraan yang mengubah pandangan mereka tentang perjuangan, kemerdekaan, persahabatan, perc...
PLAY.GOOGLE.COM

PESTA BUKU PWTC - Rahsia di balik cerita

Baca sehingga habis. Ada rahsia dibalik cerita 

Soalan pertama yang ditujukan semasa di Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC ialah ... ada tak kat belakang saya? Ada nampak apa-apa tak kat sini? Sehinggakan dalam tandas ada yang bertanya perkara yang serupa. 

Jawapannya ... mereka berada di mana sahaja, bila-bila masa, dalam pelbagai bentuk tetapi sepanjang dua hari di PWTC ,,, syukur Alhamdulillah ,,, tiada penampakan yang mengerikan muncul. Mungkin terlalu ramai manusia sehinggakan 'si dia' merasakan kepanasan. 

Bayangkan lebih 200ribu manusia yang hadir dengan pelbagai ragam. Tentu sahaja bingit dan hingar. Kalau nampak pun, tak boleh nak dibezakan. Serupa sahaja.

Booth - SHAKESPOT HL14


Ada juga yang bertanya --- "Kalau datang dalam bentuk pocong ke, puntianak ke, orang minyak ke, apa perlu dilakukan?" Soalan yang hanya boleh dijawab dengan gelengan kepala sahaja. Perlu apa mereka datang kerana bahan-bahan bacaan itu tidak menarik minat mereka. 

Lagi pun ada beberapa tetamu yang berpangkat ilmuan agama, ada pakar bomoh, ada pakar motivasi, malah ada yang memasang ayat suci ketika di gerai, jadi tiada apa yang perlu ditakutkan.

Jangan terlalu paranoid! 

Entry Kali ini nak sharekan wajah2 mereka yang ada dipesta buku. 

DAMPING -
GARAPAN DARIPADA KISAH SEBENAR SEBUAH KELUARGA 


Dgn 3 beradik

Aida dan Deq Syah 

Peminat cilik Ibam dan Bapanya Peyuz

Drp IFareez

Rakan sebooth - Maizurah Hamzah, penyanyi cantik tahun 1990an

Salah seorang peminat buku seram - Kurt Maisu

Rakan pejabat lama - Ustaz Musleh

Di booth

Orang kuat 

Dengan keluarga Zaiful Zainal, bekas jaguh 400m negara dan keluarga. 

 Dgn Mai dan Zikri (anak mai)



ok la ... BELANJALAH JUGA SATU CERITA.
Memang ada kejadian berlaku tetapi bukan di PWTC.  Tetapi selepas tu.

Selepas tampat tempoh 'bertugas' di PWTC, Ahad lepas, kereta terus dipandu ke arah sebuah restoran makanan pantas (fast food), Setelah membayar, bungkusan pun di bawa keluar. 

Ahhh ... PANAS dan BOSAN. Rakan-rakan sepersilatan ada jamuan pula. Bawa makanan ke salah taman permainan berdekatan. Sambil melabuhkan punggung, mata terus memandang ke arah langit yang menghitam. Sesekai angin mula bertiup. Daun-daun kering bertaburan, mula berterbangan. 

Sandwich ayam dikeluarkan dan mula dikunyah. Sesekali air berkabonat disedut. Lega rasanya. 

Ahhhh .. Sesekali, enak juga bersendirian, sambil memerhatikan dedauan yang berterbangan, pepohonan yang bergoyang di tiup angin, buaian yang berbuai semakin lama semakin tinggi ... BUAIAN YANG BERBUAI ,,, buaian itu berbuai! Biar benar, Ini kawasan perumahan, masakan ,,, ooo ,,, monolog termati di situ

Gambar Hiasan 


Sayup-sayup terdengar suara kanak-kanak gelak ketawa. Mula-mula seorang, kemudian semakin ramai. Bagaikan penuh satu taman permainan. Bulu roma mula menegak. Sesekali terasa ada tangan mencuit cuping telinga. Apakan 'DIA' .... Mungkin ,,,, 

Cepat-cepat burger dihabiskan dan bangun untuk meninggalan taman itu ..... 

Cerita selanjutnya dalam buku Mata Ketiga terbitan Shakespot tidak lama lagi. 

JOM JUMPA DI PWTC, Shakespot Booth no HL14. Dekat dengan main entrance. 

Mungkinkan saya akan bercerita tentang penampakan????

MUNGKIN ... 

Wednesday, 25 March 2015

Banglo Putih

Bukan mudah mempunyai mata yang tidak berhijab ini. Ada sahaja mereka yang skeptik dan enggan mempercayai, malah memperlekehkan. Berkali juga diterangkan bahawa penampakan yang kelihatan, cuma penyamaran jin dan bukan .. diulangi BUKAN WAJAH mereka yang sebenar. 

CUMA NABI dan RASULsahaja yang boleh melihat JIN, SYAITAN dan MALAIKAT dalam bentuk yang sebenar. Manakala, bagi manusia biasa hanyalah sekelumit penyamaran-penyamaran yang dilakukan oleh makhluk-makhluk ini, sama ada untuk menakutkan manusia atau ingain berkawan dengan manusia. 

Sedangkan penyamaran sudah cukup untuk membuatkan tidak lena tidur, inikan pula wajah sebenar. Mahu koma bertahun rasanya! Malahan dikecam kerana berkongsi cerita tentang sebuah kedai mamak. 

Tujuan hanyalah untuk menyelamatkan para pengunjung, tetapi dileparkan tuduhan. Ahhh ,, malas untuk berbicara terus. Biarlah. Pandai-pandailah ketika memasuki mana-mana kedai atau restoran. Petua telah dikongsi. Terpulang sama ada ingin melakukannya. Lupakan sahaja.


MOVING ONNNNNN ...... 


Pernah siatu masa dahulu, arwah abah ditugaskan di Melaka. Kami pernah menginap di sebuah rumah banglo dua tingkat. Tempatnya tidak perlu dijelaskan kerana hanya akan mengundang kecaman lagi. 


ini BUKAN BANGLONYA .... cuma gambar hiasan
Rumah itu memang besar. Berasaskan binaan rumah Melaka, rumah separuh kaju, separuh batu ini memanjang ke belakang. Dapurnya sahaja boleh memuatkan dua buah dapur rumah teres sekarang ini. Living hallnya sahaja lebih dua gelanggang bola tampar. Memang ketika itu, kami tiga beradik (si bungsu boleh ada lagi), berlarian dan bermain kejar-kejar di dalam rumah.

Namun rumah sebesar itu tetap mempunyai rahsia.

Ada kalanya di waktu tengahari buta, kedengaran suara emak memanggil di hadapan, pada hal kami semua berada di dapur. Kadang kala, lampu bilik air terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Malahan terdengar pinggan, sudu, garfu, gelas, mangkuk dan segala peralatan hidangan berbunyi dengan sendiri, ketika tengah malam.

Pernah juga bersuara kepada abah dan emak, namun riaksi mereka ialah ... MENGIGAU AJE KAU NI. DAH .. PERGI TIDUR.

Hmmm .. nak buat apa lagi. Tidur aje la.

Pernah suatu malam, melepasi tengah malam, terdengar bunyi kerusi bergerak, bagai ada orang yang mengalihkan. Begitu dengan meja. Mata mengerling ke arah mak dan abah serta kakak dan adik. Lena dibuai mimpi. Sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi kipas yang sesekali terangguk-angguk, bagai orang tua matuk.

"Dia orang tengah tidur. Tak apa, Nak main jangan kuat sangat," kedengaran suatu suara. (the exact words tak ingat la pulak). Bunyi meja ditolak lagi.

TUP TAP TUP TAP .. kedengaran pula bunyi tombol televisyen diputar.

''Hihihihihihi," kedengaran suara kecil. Entah apa yang melucukan pun tidak diketahui.

Selimut yang membalut tubuh dicampak ke tepi dan mengejutkan emak, konon untuk menemani ke bilik air.

''Ada yang dah bangun." suara kecil terdengar lagi. Lampu lorong ke bilik air dihidupkan. Serta merta tiada bunyi atau suara kedengaran. Hanya sunyi.

Lepas menunaikan hajat dan berpura-pura tidur, kedengaran bunyi yang sama berulang. Anak-anak kecil mula bersuara dengan gelak-gelaknya. TAP TAP TAP ... TUP TUP TUP ... kedengaran tombol televisyen berbunyi.

Ahhh ... kalau bising begini, sampai bila pun tak boleh lena, kata hati. Memanglah esok hari Sabtu. Sekolah cuti. Tapi waktu subuh tak cuti. Kerja sekolah tak cuti. Cuci kasut sekolah tak cuti. Kemas katil tak cuti. KENA BANGUN AWAL!

Jam loceng pula menunjukkan pukul 1.00 pagi. Hati bagaikan melonjak ingin tahu siapa yang bermain di dalam rumah.

Pintu bilik dibuka perlahan. Cahaya daripada dalam bilik melimpah dan menyinari depan pintu.

"Budak tu bangun lagi la," kedengaran suara kecil itu lagi. Kali ini, lampu tidak dinyalakan. Dalam keadaan lebih takut daripada berani, kaki ditapakkan keluar.


"Sok sek sok sek sok sek ... hihihihihhi," masih kedengaran di belakang kerusi.

Bulu roma mulai berdiri. Terasa ada angin menerpa dari arah hadapan. Sejuk tetapi kering. Dingin ke tulang hitam. Seluruh badan mulai menggeletar.

Dalam suram cahaya, kelihatan lembaga buidak lelaki sedang melompat-lompat di balik kerusi. Semakin lama semakin tinggi lompatannya sehingga melepasi kerusi. Ia terus berlari ke arah pintu hadapan rumah dan menembusi keluar.

Terasa gugur jatung seketika itu juga.

Tiba-tiba telinga terasa dijentik. Ahhh .. tidak boleh jadi. Dengan sisa keberanian yang ada, berlari terus ke arah bilik dan menyorok di bawah selimut.

Suasana dalam bilik tiba-tiba sejuk bagaikan ada penghawa dingin. Selimut tiba-tiba bergoyang. Ada tangan yang menariknya.

"Kami tumpang main aje ye. Tidurlah," terdengar kata suatu suara yang penuh keibuan. Dan tahu-tahu sahaja, jam loceng berbunyi.

Diri seakan-akan mamai bila disuruh mandi pagi itu. Ketika menjemur kasut yang dicuci, terlihat bayang anak kecil malam tadi di sebalik pokok pisang. Ia melambai dan lambaiannya dibalas dengan gelengan.
Ini BUKAN budak tu. Cuma gambaran yang dapat dirakam oleh kumpulan paranormal negara barat.
tetapi HAMPIR sama. 


Sepanjang masa tinggal dirumah itu, tidak pernah sekali pun kami menutup lampu ketika tidur di waktu malam. Mungkinkah ..... MUNGKIN
























Tuesday, 24 February 2015

Tuesday, 3 February 2015

Perempuan Berjubah Hitam di siling kedai

Lebih kurang seminggu yang lalu


Aurghhhh ... Bosan ... Bosan. Tak siap-siap lagi terjemahan Mata Tak Berhijab dalam bahasa Inggeris. Bukan mudah untuk mencari maksud terdekat dalam bahasa Inggeris untuk mentukan rasa dan emosi dalam buku kecil ini tak terjejas. Apa maksud PUNTIANAK yang paling tepat dalam bahasa Inggeris? Tiada jawapan yang tepat!


Bakal terbit dalam bahasa Inggeris ... tengah pecah kepala menterjemahnya
Tak kan Vampire. Vampire ada jantan, ada betinanya. Puntianak semuanya Perempuan .. mana ada puntianak lelaki! Tak macho wehhh .. puntianak lelaki. 

Cuba bayangkan muka dah pecah rumah, jambang merata, rambut macam kumpulan KISS ... tetiba mengilai. Arnab bunting pun belum tentu lari! Hmmm ... banshee ... boleh gak kot.


Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju. Hmmm ... asyik pergi Barjana sekseyn 28 ni aje ... keluar ke tempat lain pula la. Tapi ke mana? Kedai mamak kat Shah Alam ni memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat. Bukan nak makan sangat pun. Cuma nak minum aje. Dapat teh tarik halia kaw pun dah sedap.  Tiba-tiba teringat satu kedai yang seorang kawan cadangkan dah bertahun dulu. Baik ... Boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit aje pun .. kalau memandu.

Ini banshee - Puntianak versi orang putih - Gambar Hiasan

Sampai kat kedai dah pukul 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm ... Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? 

Duduk dan order. Mak aiii ... minah yang ambil order ni .. mukanya ... manis lagi cuka. Comei tu boleh le tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri. 

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedai. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebiji botol kecil, diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala  yang tak gatal. 

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhati setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice -  sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya ... alahai ... harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya dihayun-hayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tidak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan  menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini teh nya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi teh. Kepala digelengkan. Ehhh ... baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Udah le duit pelanggan tu yang membayar gaji, tapi layan pelanggan macam orang minta sedekah. 

Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan. 

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana, kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba terbelah dan air teh melempah. Hampir sahaja teh panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu. 

Ia berayun sekali lagi. Bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit teh. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Lemak berkrim tetapi berhati-hati - Gambar hiasan 


Hmmm ... tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. 

"Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Melangkah keluar daripada kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Menoleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampaknya tak boleh balik rumah teruslah ni. Mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta. 

Limau nipis bukan limau purut


Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan.  Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. 

Buat-buat tak tahu aje lah.
Bukan ini lembaga yang mengekori .. tetapi hampir sama tanpa sabit panjang 

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya .. ia mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya. 

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya ... apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! 

Apakah ketamakan telah mengabui matanya .... 


MUNGKIN

Saturday, 17 January 2015

Rumah kosong atas bukit

Setahun yang lalu.

Ahhhh ... buntu kepala ketika mencari bahan untuk buku Mata Tak Berhijab siri ketiga. Deadline tinggal lima hari lagi. Cuma satu cerita sahaja lagi.  Itu pun cuma cerita tambahan sekiranya mukasurat tidak mencukupi.  Malam itu kena pergi ke tempat kemalangan ngeri di bawah jejantas di KL. 

Kata orang kalau ada kemalangan tragik, mesti ada penampakan. Mesti ada emosi yang tertinggal di situ. Mesti ada peristiwa yang terakam. Dan semuanya diceritakan dalam MTB3.

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba Hilmi beri cadangan singgah ke sebuah rumah atas bukit. Kepala diangguk asal sahaja bukan memandu kereta. Jam di dash board melepasi waktu tengah malam. Jiman dan Jehe terus membisu di belakang.

Gambar Hiasan - Ini rumah Amityville, Bukan rumah dalam cerita ni

Hmmm ... seram pula memasuki kawasan yang menuju ke arah rumah atas bukit. Kabus nipis menyelubungi jalan masuk. Ranting pokok yang tidak berdaun memagari jalan. Suluhan lampu kereta menerangi pemandangan. Sesekali terlihat ada pergerakan di atas ranting kering yang gondol. Bayangan hitam mengagah-agah di balik batang pokok. Ehhh ... dia main cak-cak pulak lah mambanggggg.

Gambar Hiasan - Bayang di balik pokok

Kereta terus dipandu. Terang lampu kereta menyuluh perjalanan. Entah dari mana, tiba-tiba seketul tengkorak tiba-tiba muncul ditengah-tengah sebatang pokok di tepi jalan. Mungkin memberi salam selamat datang agaknya.

Memandangkan ada di antara rakan yang tidak berapa berani, malas pula nak memberitahu. Tak pasal-pasal semua hendak patah balik.

Jalan dihadapan semakin gelap. Tiada sebatang pun lampu jalan yang ada. Di sebelah kiri, terbentang luas sebuah tasik. Ada sebuah binaan kecil seakan pondok batu di tengah. Mata terus memandang ke arah binaan kecil.  Ada sesuatu diatasnya, ada benda putih. Ada lembaga putih terapung dan berlegar di sekitar pondok. Permandangan mistik bermula.

Gambar Hiasan - Tasik yang Seram

Perjalanan dilanjutkan. Pancaran lampu kereta ditinggikan. Pohon jejawi di tepi jalan di suluh. Juraian halus akar jejawi menyorokkan penghuninya. Seorang tua perlahan keluar daripada akar yang berjurai bagaikan janggut Santa Claus.

Gambar Hiasan - Akar Jejawi

"Nampak apa-apa bang?" tanya Hilmi. Kepala diangguk. Tidak mahu memberitahu apa yang terlihat. Nanti tidak suspen masa bercerita. Kereta mula mendaki bukit kecil. Ada selekoh ke kanan di hadapan. Ada sebatang palang merentang di hadapan. Sebuah pondok kecil dibina di sebelah. Kelihatan suatu lembaga sedang berjalan keluar daripada pondok pengawal. Ada pengawal rupanya. Mungkin hendak bertanya.

Semakin lama semakin hampir. Laju sungguh ia berjalan. Tetapi kenapa ia tidak berpakaian. Ahhhh ... sudah! Bukan pengawal rupanya.

"Mie ... reverse. Cepat. Ada benda jalan arah sini!" Lembaga bertubuh gergasi tanpa pakaian semakin mendekati. Kereta semakin pantas diundur.  Tiba-tiba ia melompat dan naik atas kereta. Matanya dijegilkan. Mulut dibuka seluasnya. Tangannya diluruskan ke hadapan sampai ke cermin.
Entah apa anginnya, ia melompat lalu terus berlari ke dalam hutan. Sepantas kilat kereta dipandu meninggalkan tempat misteri itu. Debaran melaju bagai keretapi. Kepala terasa bengal. Berdenyut. Terkejut dengan penampakan. Rasa terkencing pun ada.

Apa benda yang terlihat di mata. Apakah orang minyak atau manusia yang menyamar jadi hantu.

Gambar Hiasan - BayanganOrang Minyak 

MUNGKIN ....


Mata terus memandang ke depan dan .... cerita selanjutnya dalam E-book tidak lama lagi