Wednesday 25 March 2015

Banglo Putih

Bukan mudah mempunyai mata yang tidak berhijab ini. Ada sahaja mereka yang skeptik dan enggan mempercayai, malah memperlekehkan. Berkali juga diterangkan bahawa penampakan yang kelihatan, cuma penyamaran jin dan bukan .. diulangi BUKAN WAJAH mereka yang sebenar. 

CUMA NABI dan RASULsahaja yang boleh melihat JIN, SYAITAN dan MALAIKAT dalam bentuk yang sebenar. Manakala, bagi manusia biasa hanyalah sekelumit penyamaran-penyamaran yang dilakukan oleh makhluk-makhluk ini, sama ada untuk menakutkan manusia atau ingain berkawan dengan manusia. 

Sedangkan penyamaran sudah cukup untuk membuatkan tidak lena tidur, inikan pula wajah sebenar. Mahu koma bertahun rasanya! Malahan dikecam kerana berkongsi cerita tentang sebuah kedai mamak. 

Tujuan hanyalah untuk menyelamatkan para pengunjung, tetapi dileparkan tuduhan. Ahhh ,, malas untuk berbicara terus. Biarlah. Pandai-pandailah ketika memasuki mana-mana kedai atau restoran. Petua telah dikongsi. Terpulang sama ada ingin melakukannya. Lupakan sahaja.


MOVING ONNNNNN ...... 


Pernah siatu masa dahulu, arwah abah ditugaskan di Melaka. Kami pernah menginap di sebuah rumah banglo dua tingkat. Tempatnya tidak perlu dijelaskan kerana hanya akan mengundang kecaman lagi. 


ini BUKAN BANGLONYA .... cuma gambar hiasan
Rumah itu memang besar. Berasaskan binaan rumah Melaka, rumah separuh kaju, separuh batu ini memanjang ke belakang. Dapurnya sahaja boleh memuatkan dua buah dapur rumah teres sekarang ini. Living hallnya sahaja lebih dua gelanggang bola tampar. Memang ketika itu, kami tiga beradik (si bungsu boleh ada lagi), berlarian dan bermain kejar-kejar di dalam rumah.

Namun rumah sebesar itu tetap mempunyai rahsia.

Ada kalanya di waktu tengahari buta, kedengaran suara emak memanggil di hadapan, pada hal kami semua berada di dapur. Kadang kala, lampu bilik air terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Malahan terdengar pinggan, sudu, garfu, gelas, mangkuk dan segala peralatan hidangan berbunyi dengan sendiri, ketika tengah malam.

Pernah juga bersuara kepada abah dan emak, namun riaksi mereka ialah ... MENGIGAU AJE KAU NI. DAH .. PERGI TIDUR.

Hmmm .. nak buat apa lagi. Tidur aje la.

Pernah suatu malam, melepasi tengah malam, terdengar bunyi kerusi bergerak, bagai ada orang yang mengalihkan. Begitu dengan meja. Mata mengerling ke arah mak dan abah serta kakak dan adik. Lena dibuai mimpi. Sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi kipas yang sesekali terangguk-angguk, bagai orang tua matuk.

"Dia orang tengah tidur. Tak apa, Nak main jangan kuat sangat," kedengaran suatu suara. (the exact words tak ingat la pulak). Bunyi meja ditolak lagi.

TUP TAP TUP TAP .. kedengaran pula bunyi tombol televisyen diputar.

''Hihihihihihi," kedengaran suara kecil. Entah apa yang melucukan pun tidak diketahui.

Selimut yang membalut tubuh dicampak ke tepi dan mengejutkan emak, konon untuk menemani ke bilik air.

''Ada yang dah bangun." suara kecil terdengar lagi. Lampu lorong ke bilik air dihidupkan. Serta merta tiada bunyi atau suara kedengaran. Hanya sunyi.

Lepas menunaikan hajat dan berpura-pura tidur, kedengaran bunyi yang sama berulang. Anak-anak kecil mula bersuara dengan gelak-gelaknya. TAP TAP TAP ... TUP TUP TUP ... kedengaran tombol televisyen berbunyi.

Ahhh ... kalau bising begini, sampai bila pun tak boleh lena, kata hati. Memanglah esok hari Sabtu. Sekolah cuti. Tapi waktu subuh tak cuti. Kerja sekolah tak cuti. Cuci kasut sekolah tak cuti. Kemas katil tak cuti. KENA BANGUN AWAL!

Jam loceng pula menunjukkan pukul 1.00 pagi. Hati bagaikan melonjak ingin tahu siapa yang bermain di dalam rumah.

Pintu bilik dibuka perlahan. Cahaya daripada dalam bilik melimpah dan menyinari depan pintu.

"Budak tu bangun lagi la," kedengaran suara kecil itu lagi. Kali ini, lampu tidak dinyalakan. Dalam keadaan lebih takut daripada berani, kaki ditapakkan keluar.


"Sok sek sok sek sok sek ... hihihihihhi," masih kedengaran di belakang kerusi.

Bulu roma mulai berdiri. Terasa ada angin menerpa dari arah hadapan. Sejuk tetapi kering. Dingin ke tulang hitam. Seluruh badan mulai menggeletar.

Dalam suram cahaya, kelihatan lembaga buidak lelaki sedang melompat-lompat di balik kerusi. Semakin lama semakin tinggi lompatannya sehingga melepasi kerusi. Ia terus berlari ke arah pintu hadapan rumah dan menembusi keluar.

Terasa gugur jatung seketika itu juga.

Tiba-tiba telinga terasa dijentik. Ahhh .. tidak boleh jadi. Dengan sisa keberanian yang ada, berlari terus ke arah bilik dan menyorok di bawah selimut.

Suasana dalam bilik tiba-tiba sejuk bagaikan ada penghawa dingin. Selimut tiba-tiba bergoyang. Ada tangan yang menariknya.

"Kami tumpang main aje ye. Tidurlah," terdengar kata suatu suara yang penuh keibuan. Dan tahu-tahu sahaja, jam loceng berbunyi.

Diri seakan-akan mamai bila disuruh mandi pagi itu. Ketika menjemur kasut yang dicuci, terlihat bayang anak kecil malam tadi di sebalik pokok pisang. Ia melambai dan lambaiannya dibalas dengan gelengan.
Ini BUKAN budak tu. Cuma gambaran yang dapat dirakam oleh kumpulan paranormal negara barat.
tetapi HAMPIR sama. 


Sepanjang masa tinggal dirumah itu, tidak pernah sekali pun kami menutup lampu ketika tidur di waktu malam. Mungkinkah ..... MUNGKIN