Wednesday, 25 March 2015

Banglo Putih

Bukan mudah mempunyai mata yang tidak berhijab ini. Ada sahaja mereka yang skeptik dan enggan mempercayai, malah memperlekehkan. Berkali juga diterangkan bahawa penampakan yang kelihatan, cuma penyamaran jin dan bukan .. diulangi BUKAN WAJAH mereka yang sebenar. 

CUMA NABI dan RASULsahaja yang boleh melihat JIN, SYAITAN dan MALAIKAT dalam bentuk yang sebenar. Manakala, bagi manusia biasa hanyalah sekelumit penyamaran-penyamaran yang dilakukan oleh makhluk-makhluk ini, sama ada untuk menakutkan manusia atau ingain berkawan dengan manusia. 

Sedangkan penyamaran sudah cukup untuk membuatkan tidak lena tidur, inikan pula wajah sebenar. Mahu koma bertahun rasanya! Malahan dikecam kerana berkongsi cerita tentang sebuah kedai mamak. 

Tujuan hanyalah untuk menyelamatkan para pengunjung, tetapi dileparkan tuduhan. Ahhh ,, malas untuk berbicara terus. Biarlah. Pandai-pandailah ketika memasuki mana-mana kedai atau restoran. Petua telah dikongsi. Terpulang sama ada ingin melakukannya. Lupakan sahaja.


MOVING ONNNNNN ...... 


Pernah siatu masa dahulu, arwah abah ditugaskan di Melaka. Kami pernah menginap di sebuah rumah banglo dua tingkat. Tempatnya tidak perlu dijelaskan kerana hanya akan mengundang kecaman lagi. 


ini BUKAN BANGLONYA .... cuma gambar hiasan
Rumah itu memang besar. Berasaskan binaan rumah Melaka, rumah separuh kaju, separuh batu ini memanjang ke belakang. Dapurnya sahaja boleh memuatkan dua buah dapur rumah teres sekarang ini. Living hallnya sahaja lebih dua gelanggang bola tampar. Memang ketika itu, kami tiga beradik (si bungsu boleh ada lagi), berlarian dan bermain kejar-kejar di dalam rumah.

Namun rumah sebesar itu tetap mempunyai rahsia.

Ada kalanya di waktu tengahari buta, kedengaran suara emak memanggil di hadapan, pada hal kami semua berada di dapur. Kadang kala, lampu bilik air terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Malahan terdengar pinggan, sudu, garfu, gelas, mangkuk dan segala peralatan hidangan berbunyi dengan sendiri, ketika tengah malam.

Pernah juga bersuara kepada abah dan emak, namun riaksi mereka ialah ... MENGIGAU AJE KAU NI. DAH .. PERGI TIDUR.

Hmmm .. nak buat apa lagi. Tidur aje la.

Pernah suatu malam, melepasi tengah malam, terdengar bunyi kerusi bergerak, bagai ada orang yang mengalihkan. Begitu dengan meja. Mata mengerling ke arah mak dan abah serta kakak dan adik. Lena dibuai mimpi. Sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi kipas yang sesekali terangguk-angguk, bagai orang tua matuk.

"Dia orang tengah tidur. Tak apa, Nak main jangan kuat sangat," kedengaran suatu suara. (the exact words tak ingat la pulak). Bunyi meja ditolak lagi.

TUP TAP TUP TAP .. kedengaran pula bunyi tombol televisyen diputar.

''Hihihihihihi," kedengaran suara kecil. Entah apa yang melucukan pun tidak diketahui.

Selimut yang membalut tubuh dicampak ke tepi dan mengejutkan emak, konon untuk menemani ke bilik air.

''Ada yang dah bangun." suara kecil terdengar lagi. Lampu lorong ke bilik air dihidupkan. Serta merta tiada bunyi atau suara kedengaran. Hanya sunyi.

Lepas menunaikan hajat dan berpura-pura tidur, kedengaran bunyi yang sama berulang. Anak-anak kecil mula bersuara dengan gelak-gelaknya. TAP TAP TAP ... TUP TUP TUP ... kedengaran tombol televisyen berbunyi.

Ahhh ... kalau bising begini, sampai bila pun tak boleh lena, kata hati. Memanglah esok hari Sabtu. Sekolah cuti. Tapi waktu subuh tak cuti. Kerja sekolah tak cuti. Cuci kasut sekolah tak cuti. Kemas katil tak cuti. KENA BANGUN AWAL!

Jam loceng pula menunjukkan pukul 1.00 pagi. Hati bagaikan melonjak ingin tahu siapa yang bermain di dalam rumah.

Pintu bilik dibuka perlahan. Cahaya daripada dalam bilik melimpah dan menyinari depan pintu.

"Budak tu bangun lagi la," kedengaran suara kecil itu lagi. Kali ini, lampu tidak dinyalakan. Dalam keadaan lebih takut daripada berani, kaki ditapakkan keluar.


"Sok sek sok sek sok sek ... hihihihihhi," masih kedengaran di belakang kerusi.

Bulu roma mulai berdiri. Terasa ada angin menerpa dari arah hadapan. Sejuk tetapi kering. Dingin ke tulang hitam. Seluruh badan mulai menggeletar.

Dalam suram cahaya, kelihatan lembaga buidak lelaki sedang melompat-lompat di balik kerusi. Semakin lama semakin tinggi lompatannya sehingga melepasi kerusi. Ia terus berlari ke arah pintu hadapan rumah dan menembusi keluar.

Terasa gugur jatung seketika itu juga.

Tiba-tiba telinga terasa dijentik. Ahhh .. tidak boleh jadi. Dengan sisa keberanian yang ada, berlari terus ke arah bilik dan menyorok di bawah selimut.

Suasana dalam bilik tiba-tiba sejuk bagaikan ada penghawa dingin. Selimut tiba-tiba bergoyang. Ada tangan yang menariknya.

"Kami tumpang main aje ye. Tidurlah," terdengar kata suatu suara yang penuh keibuan. Dan tahu-tahu sahaja, jam loceng berbunyi.

Diri seakan-akan mamai bila disuruh mandi pagi itu. Ketika menjemur kasut yang dicuci, terlihat bayang anak kecil malam tadi di sebalik pokok pisang. Ia melambai dan lambaiannya dibalas dengan gelengan.
Ini BUKAN budak tu. Cuma gambaran yang dapat dirakam oleh kumpulan paranormal negara barat.
tetapi HAMPIR sama. 


Sepanjang masa tinggal dirumah itu, tidak pernah sekali pun kami menutup lampu ketika tidur di waktu malam. Mungkinkah ..... MUNGKIN
























11 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Cerita kedai yg apak ceritakan sebelum ni tersebar di whatsapp. Terkejut juga sebab isinya serupa mcm di blog apak. Biasalah apak, ada yg xpercaya. Biarkan mereka.

    Aih. Nasib baik tumpang main. Tapi, seram jugak!

    ReplyDelete
  3. pheww. meremang baca entry ni

    ReplyDelete
  4. salam encik zulkifli. boleh saya tahu surah apa yang encik baca sampai terbelah gelas masa encik singgah di sebuah restoran, dalam mastika keluaran lepas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muaz
      Ayat Kursi, Al Fatihah Al Ikhlas dan Selawat

      Delete
  5. salam cik zul...pernah ada rasa mcm ni...nmpk mcm2...tapi sekali toleh ja...klu tenung terus hilang...dulu2 kerap...sekarang jrg sangat...terbaru bulan 2 nmpk van jenazah dipandu tanpa driver...dulu pernah nmpk makhluk pa ntah sdg jilat air mndi org mati dalam longkang,tinggi lbih kurang sejengkal,tapi lidah panjang...Allah...pucat la juga saya...tapi bila terkelip mata semua tu hilang...bila cerita org gelakkan saya..ckp saya tipu...tu yg saya mls nk cerita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar la org tak percaya. Tak berkudis pun. Sy pun dulu org gelakkan, skg siap nak belanja ke sana sini, utk bantu dia org

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  6. Dunia ni bukan kita aje penghuninya, takde apa yang nak dipelikkan. Saya juga ada contact dgn dunia mistik tapi dlm bentuk yg lain . Penampakan jin berjubah saya pernah tengok, sekarang saya dok sorang2 dan memang tak teringin nak tengok benda pelik2,.

    ReplyDelete