Tuesday 28 April 2015

SEMERU

Petikan daripada Semeru 31.8

(Pengembaraan, Pendakian, Penampakan Zulkifli Ahmad Idrus)
SEMERU
Diilhamkan daripada pemdakian sebenar 



Beberapa lelaki tua berkopiah memandang kepadanya. Sambil membersihkan kebun, mereka bercerita sesama sendiri sambil menoleh-noleh ke arah Firdaus. Seorang daripadanya mendekati pagar buluh perkebunan dan menegur Firdaus.

“Dari mana kalian ini?” tanya seorang lelaki.
“Malaysia pak. Mahu mendaki Semeru,” sahut Firdaus mesra. Lelaki bertubuh kecil berkulit hitam ini terus memandang Firdaus. Matanya seakan-akan bersinar memandang pendaki Malaysia ini. Tangan dihulurkan dan disambut oleh Firdaus. Sejuk terasa tangan lelaki tua itu.
“Kamu punya keistimewaan. Gunakan sebaik mungkin. Ingat Allah selalu. Itu adalah anugerah. Kalau kelihatan apa-apa yang ganjil, biarin sahaja. Mereka ngak ganggu,” sambung lelaki kecil itu. Firdaus mengangguk lantas senyum.
“Hoi, Daus. Apa lagi tercegat seorang diri kat depan pagar kebun tu. Dah tu ... cepat sikit”, jeritan Iznul mengejutkan Firdaus daripada lamunan.

“Interview penduduk tempatan”. Iznul memandang tepat ke muka Firdaus. Dia menggelengkan kepalanya. Matanya memberikan isyarat untuk Firdaus memandang ke hadapan. Tapak tangannya dipusing-pusingkan tanya tiada siapa yang kelihatan.
Ranu Kumbolo - Gambar Hiasan 
Terkejut Firdaus bila melihatkan lelaki bertubuh kecil dan rakan-rakannya hilang dihadapan mata. Hanya yang tinggal bau-bauan limau purut dan pandan mengelilinginya. Tenang dan nyaman, senyaman udara pagi Ranupani. Ahhh ... pandangan tanpa hijabnya telah bermula. Firdaus tersenyum sendirian.
“Cepat sikit. Tak pasal lambat pula nanti,” jerit Faizal. Nazri memandang muka Firdaus. Diwajahnya tergambar persoalan.
“Apaan yang kelihatan? Lelaki tua? Lelaki muda? Perempuan tua atau muda?” tanya Nazri bertalu-talu. Firdaus menggelangkan kepala dan memberikan isyarat untuk terus berjalan. Dia tidak mahu bercerita sekarang ini. Mesti ada yang tidak sampai puncak pula nanti!


PINGGIR hutan mula dimasuki. Badan mulai hangat walaupun suasana dalam hutan masih dingin. Sesekali Nazri mengerling telefon pintarnya. Suhu yang tertulis di hadapan matanya memang memeranjatkan. Masih 12 darjah celcius. Beberapa penduduk tempatan memberikan senyuman tanda sokongan kepada para pendaki ini.
“Dari sini kita mulakan pendakian,” jelas Iqbal di suatu simpang sebuah denai kecil yang merupakan jalan masuk untuk pendakian ke Semeru. Beberapa orang porter yang membantu kumpulan-kumpulan lain, sedang berjalan dengan pantas memintas kumpulan Iqbal.
“Apaan yang dikejarin Pak Herman? Ngak kan lari gunung dikejar. Kumpulan dari mana?” seloroh Pak Rahman kepada ketua kumpulan porter yang sedang memotong jalan mereka.
“Jakarta. Ngak mahu kehilangan cahaya,” terang Pak Herman.

HANYA DI E BOOK 


Lapan sahabat, dua negara, satu pengembaraan.Pengembaraan yang mengubah pandangan mereka tentang perjuangan, kemerdekaan, persahabatan, perc...
PLAY.GOOGLE.COM

4 comments:

  1. Ermmmm...Apak nak gi Link tapi x dapat bukak pun??

    ReplyDelete
  2. Dah install google playstore tak?

    ReplyDelete
  3. sy harap en zul boleh terbitkan dalam bentuk buku sebab tak semua orang mempunyai kad keras utk membeli dari online walaupun harganya murah sekalipun.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete