Tuesday 3 February 2015

Perempuan Berjubah Hitam di siling kedai

Lebih kurang seminggu yang lalu


Aurghhhh ... Bosan ... Bosan. Tak siap-siap lagi terjemahan Mata Tak Berhijab dalam bahasa Inggeris. Bukan mudah untuk mencari maksud terdekat dalam bahasa Inggeris untuk mentukan rasa dan emosi dalam buku kecil ini tak terjejas. Apa maksud PUNTIANAK yang paling tepat dalam bahasa Inggeris? Tiada jawapan yang tepat!


Bakal terbit dalam bahasa Inggeris ... tengah pecah kepala menterjemahnya
Tak kan Vampire. Vampire ada jantan, ada betinanya. Puntianak semuanya Perempuan .. mana ada puntianak lelaki! Tak macho wehhh .. puntianak lelaki. 

Cuba bayangkan muka dah pecah rumah, jambang merata, rambut macam kumpulan KISS ... tetiba mengilai. Arnab bunting pun belum tentu lari! Hmmm ... banshee ... boleh gak kot.


Bila otak dah berdengung, apa lagi, kedai mamak 24 jam lah tempat yang dituju. Hmmm ... asyik pergi Barjana sekseyn 28 ni aje ... keluar ke tempat lain pula la. Tapi ke mana? Kedai mamak kat Shah Alam ni memang bersepah tapi ke mana hala yang paling dekat dan cepat. Bukan nak makan sangat pun. Cuma nak minum aje. Dapat teh tarik halia kaw pun dah sedap.  Tiba-tiba teringat satu kedai yang seorang kawan cadangkan dah bertahun dulu. Baik ... Boleh cuba di situ. Lebih kurang 10 minit aje pun .. kalau memandu.

Ini banshee - Puntianak versi orang putih - Gambar Hiasan

Sampai kat kedai dah pukul 12.30 tengah malam. Punyalah ramai manusia. Hampir kesemua tempat penuh. Hmmm ... Dia orang ni tak reti nak tidur ke? Esok tak kerja kot? 

Duduk dan order. Mak aiii ... minah yang ambil order ni .. mukanya ... manis lagi cuka. Comei tu boleh le tahan juga. Bak kata orang sebagai penyeri kedai tapi kalau muka kelat dan ketat, pergi mana pun tak berseri. 

Sementara menunggu minuman, mata mula meliar memerhati sekeliling kedai. Entah mengapa tiba-tiba terlihat ada sebiji botol kecil, diselitkan di siling penjuru pintu masuk kedai. Hati dah mula resah. Mulalah menggaru kepala  yang tak gatal. 

Kepala didongakkan lagi. Di penjuru satu lagi, terlihat lembaga perempuan, berjubah hitam tengah bertenggek di atas alang. Matanya tajam memerhati setiap pelanggan yang datang. Rambutnya bagai model iklan syampu Rejoice -  sebelum menggunakan syampu. Mengerbang.

Rupanya ... alahai ... harimau tengok pun boleh pengsan! Terkopek sana sini. Badannya dihayun-hayunkan bagai meratip. Apa yang diratipkan pun, tidak jelas. Sesekali apabila pelanggan baru masuk, tangannya akan dijuntaikan  menyentuh kepala pelanggan itu.

"Ini teh nya. Makan tak mahu?" tanya seorang lagi pelayan, sambil menghentak mug berisi teh. Kepala digelengkan. Ehhh ... baru kerja jadi pelayan dah berlagak. Udah le duit pelanggan tu yang membayar gaji, tapi layan pelanggan macam orang minta sedekah. 

Petua orang tua, bila makan diluar, lagakan lidah ke lelangit. Kalau geli, barulah diminum. Raba juga bawah bekas minuman atau makanan. Kalau minuman tu panas dan bawahnya sejuk atau sebaliknya, adalah sesuatu yang diletakkan.

Setelah semua itu dilakukan, bacalah selawat dan doa makan. 

Ketika tangan dihulur ke arah mug, entah bagaimana, kedengaran kuat bunyi mug merekah. Tidak sampai 10 saat, tiba-tiba terbelah dan air teh melempah. Hampir sahaja teh panas mengenai seluar. Kepala diangkat dan mata tepat merenung ke arah benda di atas alang pintu. 

Ia berayun sekali lagi. Bagaikan monyet di dalam kandang. Mamak kat kaunter cepat-cepat berlari dan bertanya apa berlaku. Kepala digeleng sambil membayar terus duit teh. Bayaran ditolak dengan alasan air tidak diminum lagi dan mahu digantikan dengan minuman lain.

Lemak berkrim tetapi berhati-hati - Gambar hiasan 


Hmmm ... tak perlu untuk diganti. Biarlah. Tapi sebelum keluar sempat menegur mamak. 

"Tolong buang botol yang kat atas tu dan perempuan tu sekali," sambil menunjuk ke arah siling. Mamak seolah terkejut bila ada orang tahu akan muslihat pelarisnya.

Melangkah keluar daripada kedai itu, terasa ada benda yang mengikuti. Menoleh ke kiri, kelihatan perempuan berjubah hitam sedang mengekori. Nampaknya tak boleh balik rumah teruslah ni. Mahu tak mahu, kaki terus melangkah ke arah sebuah lagi kedai mamak.

Teh tarik halia dipesan. Tambahan - air mineral dan limau nipis. Badan menghadap belakang kedai. Limau diperah ke dalam air mineral. Beberapa surah dibacakan berserta doa untuk keselamatan. Setelah menghabiskan minuman, kaki perlahan melangkah ke arah kereta. 

Limau nipis bukan limau purut


Bulu roma tegak kembali. Masih mengikuti rupanya. Perlahan botol air mineral dibuka dan air dimasukkan ke dalam mulut. Walaupun tidak kelihatan, namun deria keenam terasa bagaikan ada tangan yang ingin mencapai tengkuk. Semakin lama semakin rapat.

Badan dikalih ke kiri dan serentak air dihembur keluar ke arah makhluk itu. Mungkin kerana terkejut, ia terus melompat ke arah lampu jalan dan terus bertenggek. Campuran air mineral dan limau disimpan.  Beberapa pelanggan di kedai mamak memerhati dengan pelik. 

Buat-buat tak tahu aje lah.
Bukan ini lembaga yang mengekori .. tetapi hampir sama tanpa sabit panjang 

Langkah dipercepatkan ke arah kereta dan dengan pantas menghidupkan engin. Mata terus memandang lampu jalan. Ya .. ia mash di situ. Bagai menunggu arahan tuannya. 

Sepanjang perjalanan ke rumah, hati bertanya ... apakah teruk sangat perniagaannya sehingga memerlukan bantuan daripada luar? Jika dilihat, pelanggannya memang ramai. Beberapa bulan dahulu pernah makan di sini dan ternyata juadahnya memang enak! 

Apakah ketamakan telah mengabui matanya .... 


MUNGKIN

22 comments:

  1. Terbaik bro.. as if i was there.. as if it happened to me.. best!!

    ReplyDelete
  2. seram2...anyway thanx for the tips..

    ReplyDelete
  3. Cerita ni seolah-olah 'hidup'. Good job bro. (Y)

    ReplyDelete
  4. Salam.. sy terkadang tu ada hati nak cuba cara tuan ni tapi risau jadi macam nilah.. ada yg ikut balik.. ilmu sy pulak tak brp tinggi nak membidas.. tmbh lagi kurang berani

    ReplyDelete
  5. ishhh seram berdiri bulu roma baca nih... dah laa nak kena stayback opis buat keja nih huhu...

    ReplyDelete
  6. Saya ada beli buku ni...
    Hanya org spt tuan yg mampu menghadapi makhluk begini, kalau saya, pengsan sebulan agaknya 😀

    ReplyDelete
  7. Wow...realistik..bagaikan bru semalam ke ke kedai mamak tersebut..

    ReplyDelete
  8. Tak akan diberitahu
    Tp saya dah beri petua tu. Ikut je
    Insya Allah

    ReplyDelete
  9. Tak akan diberitahu
    Tp saya dah beri petua tu. Ikut je
    Insya Allah

    ReplyDelete
  10. TQ Apak. Nanti akan diamalkan tips yg diberi tu.
    Benda tu tak mengikut dah ke lepas kena sembur tu?

    ReplyDelete
  11. scary lah pulak apak.. tp pelaris ni macam2..ada yg standby bawah meja makan.. allah.. kalau sy yg namapk, mau pengsan kot..

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Kalau yg gitu, sori le saya nak masuk

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. Salam...mcm mana sya nk dpat kan buku2 ni...??

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum bro..
    Bro mention Barjana Seksyen 28.. tempat favorite saya jugak tu.. dekat jer dengan rumah huhu..
    Kedai yang ada 'minah' tu.. apa nama kedainya.. sebab saya rasa dekat jugak dengan rumah saya tu.. boleh la saya elak2kan..
    Kalau tak boleh tulis sini, boleh emel saya tak.. syedhs@yahoo.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete