Saturday, 17 January 2015

Rumah kosong atas bukit

Setahun yang lalu.

Ahhhh ... buntu kepala ketika mencari bahan untuk buku Mata Tak Berhijab siri ketiga. Deadline tinggal lima hari lagi. Cuma satu cerita sahaja lagi.  Itu pun cuma cerita tambahan sekiranya mukasurat tidak mencukupi.  Malam itu kena pergi ke tempat kemalangan ngeri di bawah jejantas di KL. 

Kata orang kalau ada kemalangan tragik, mesti ada penampakan. Mesti ada emosi yang tertinggal di situ. Mesti ada peristiwa yang terakam. Dan semuanya diceritakan dalam MTB3.

Dalam perjalanan balik, tiba-tiba Hilmi beri cadangan singgah ke sebuah rumah atas bukit. Kepala diangguk asal sahaja bukan memandu kereta. Jam di dash board melepasi waktu tengah malam. Jiman dan Jehe terus membisu di belakang.

Gambar Hiasan - Ini rumah Amityville, Bukan rumah dalam cerita ni

Hmmm ... seram pula memasuki kawasan yang menuju ke arah rumah atas bukit. Kabus nipis menyelubungi jalan masuk. Ranting pokok yang tidak berdaun memagari jalan. Suluhan lampu kereta menerangi pemandangan. Sesekali terlihat ada pergerakan di atas ranting kering yang gondol. Bayangan hitam mengagah-agah di balik batang pokok. Ehhh ... dia main cak-cak pulak lah mambanggggg.

Gambar Hiasan - Bayang di balik pokok

Kereta terus dipandu. Terang lampu kereta menyuluh perjalanan. Entah dari mana, tiba-tiba seketul tengkorak tiba-tiba muncul ditengah-tengah sebatang pokok di tepi jalan. Mungkin memberi salam selamat datang agaknya.

Memandangkan ada di antara rakan yang tidak berapa berani, malas pula nak memberitahu. Tak pasal-pasal semua hendak patah balik.

Jalan dihadapan semakin gelap. Tiada sebatang pun lampu jalan yang ada. Di sebelah kiri, terbentang luas sebuah tasik. Ada sebuah binaan kecil seakan pondok batu di tengah. Mata terus memandang ke arah binaan kecil.  Ada sesuatu diatasnya, ada benda putih. Ada lembaga putih terapung dan berlegar di sekitar pondok. Permandangan mistik bermula.

Gambar Hiasan - Tasik yang Seram

Perjalanan dilanjutkan. Pancaran lampu kereta ditinggikan. Pohon jejawi di tepi jalan di suluh. Juraian halus akar jejawi menyorokkan penghuninya. Seorang tua perlahan keluar daripada akar yang berjurai bagaikan janggut Santa Claus.

Gambar Hiasan - Akar Jejawi

"Nampak apa-apa bang?" tanya Hilmi. Kepala diangguk. Tidak mahu memberitahu apa yang terlihat. Nanti tidak suspen masa bercerita. Kereta mula mendaki bukit kecil. Ada selekoh ke kanan di hadapan. Ada sebatang palang merentang di hadapan. Sebuah pondok kecil dibina di sebelah. Kelihatan suatu lembaga sedang berjalan keluar daripada pondok pengawal. Ada pengawal rupanya. Mungkin hendak bertanya.

Semakin lama semakin hampir. Laju sungguh ia berjalan. Tetapi kenapa ia tidak berpakaian. Ahhhh ... sudah! Bukan pengawal rupanya.

"Mie ... reverse. Cepat. Ada benda jalan arah sini!" Lembaga bertubuh gergasi tanpa pakaian semakin mendekati. Kereta semakin pantas diundur.  Tiba-tiba ia melompat dan naik atas kereta. Matanya dijegilkan. Mulut dibuka seluasnya. Tangannya diluruskan ke hadapan sampai ke cermin.
Entah apa anginnya, ia melompat lalu terus berlari ke dalam hutan. Sepantas kilat kereta dipandu meninggalkan tempat misteri itu. Debaran melaju bagai keretapi. Kepala terasa bengal. Berdenyut. Terkejut dengan penampakan. Rasa terkencing pun ada.

Apa benda yang terlihat di mata. Apakah orang minyak atau manusia yang menyamar jadi hantu.

Gambar Hiasan - BayanganOrang Minyak 

MUNGKIN ....


Mata terus memandang ke depan dan .... cerita selanjutnya dalam E-book tidak lama lagi

11 comments:

  1. Best2...tau dah sapa yg tak brapa brani tuu...

    ReplyDelete
  2. fuuuhh!!! kalau saya bole nampak..dh pengsan dah...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Apahal nak bermolot longkang dan kurang ajat kat blog org pulak. Sah2 iq 0 dan eq below paras beku

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. encik zulkiflli hashim!lu tak payah nak mencarut looo pergi itu blog Alvin tan laaa Bro sana ade banyak spicies B$&@& tu!!!apa stupid retard lu Bro!!

      Delete
  4. huarghh!!! tak boleh bayangkan kalau alami sendiri. huhu

    ReplyDelete
  5. tebaik.MTB 4 setia menanti tengah tahun ni.

    ReplyDelete
  6. MTB4 dah nak kuar...MTB3 x dpt lg....kat kedai buku x de... dah puas cari...

    ReplyDelete