Monday, 12 January 2015

SAMBUNGAN SIAPA DALAM GAMBAR

Malam itu, mata tak dapat nak lena. Dalam kepala asyik terbayangkan cahaya di langit. Kalau itulah yang dilihat oleh mereka di negara matahari malam, memang sangat cantik. Tapi dalam hati bertanya, kenapa diperlihatkan semua ini? Rasa syukur serta merta meragut jiwa. Di samping melihat yang menggerunkan, ada kalanya juga diberikan pemandangan yang amat indah.

Ketika mengelamun, ekor mata tertangkap sebutir cahaya kecil yang berterbangan ke arah dalam rumah bot. Kunang-kunang barangkali. Tapi bukankah kunang-kunang berwarna kuning dan hijau sahaja. Layangan cahaya kecil ini ... biru. Warna biru yang tidak pernah terlihat dek mata selama ini.

Ia berterbangan lalu bertenggek di railing rumah bot. Keadaan hening. Maklum sahaja sudah melewati tengah malam. Cahaya kecil ini bagaikan memanggil-manggil untuk merapatinya. Selimut ditolak dan langkah diambil. Kini jarak antara kami cuma dua meter sahaja.

Tiba-tiba ia bergerak. Membuka sayapnya. Sungguh indah rama-rama berwarna biru. Inikah makhluk yang sering diperkatakan oleh novelis Ramli Awang Murshid dalam buku siri Sunannya. Kalau benar, memang indah sungguh ciptaan Allah!

Gambar Hiasan - Tapi bayangkan kalau ia bercahaya
Entah berapa lama terleka, kedengaran ada pergerakan di belakang. Segera kepala berpusing ke arah belakang. Senyap dan sunyi. Tiada apa atau siapa yang bergerak. Dada mula berdebar. Bulu roma kian meremang. Bauan setanggi dan kemenyan mula melingkari. Ada siapa yang sedang memerhati?
Kelihatan sekumpulan pak haji berkopiah dan berjubah putih sedang memerhati di hadapan sebatang tunggul kayu. Terasa ada senyuman dilemparkan.

Bagai ada cahaya di belakangnya. Senyum dibalas senyuman. Berperasangka baik. Mereka juga makhluk Allah. Pandangan mata dialihkan kembali ke arah rama-rama kecil itu. Tidak puas rasanya melihat. Aik ... hilang pula.

Entah mengapa, hati tiba-tiba mengajak melihat ke arah sungai yang mengalir tenang. Tiada kocakan atau ombak. Cuma sesekali rumah bot beralun mengikut rentak arus sungai.

Dari kejauhan, segaris cahaya meliuk lentuk di dalam air. Biru juga warnanya. Semakin lama semakin rapat. Apakah itu makhluk yang mendiami dasar sungai, dalam hati terdetik. Kalau dilihat akan saiznya, kecil sahaja. Sebesar ular. Tapi itu dari jauh. Kalau dekat, mungkin sebesar buaya.

Tiba-tiba ia berhenti. Daripada segaris cahaya, tiba-tiba ia memecah dan memancarkan cahaya ke udara. Sesungguhnya yang terlihat di mata adalah sesuatu yang sukar diceritakan. Bayangkan ada cahaya daripada dalam air terus memancar ke udara dan menerangi malam dengan cahaya biru pucatnya. Sungguh indah. Sepantas ia memancar, sepantas itu jugalah ia hilang. Gelap menyelubungi rumah bot kembali.

Gambar Hiasan - tapi lebih kurang begini yang kelihatan tetapi lebih cantik
Tiba-tiba kedengaran suara orang batuk dibelakang. Mungkinkah ada yang terjaga? Perlahan kaki menapak ke arah tempat tidur. Jam menunjukkan hampir pukul 3.00 pagi. Esok adalah suatu hari yang amat sibuk. Melawat kampung pribumi asal dan menyusuri sungai ke arah air terjun.

Mata ditutup rapat. Dalam kepala membayangkan keindahan air terjun, sehinggalah bunyi jam mengejutkan waktu subuh. Ahhh ,,, hari kedua di dalam hutan tertua dunia. Asyik dan semakin mengasyikkan ... dan bunyi deraman di seberang tasik semakin kuat!

Adakah ......
Gambar hiasan 
Mungkin .....

2 comments: