Wednesday 7 January 2015

Siapa Dalam Gambar tu?

Beberapa bulan lepas, sedang melayari fb, tetiba terlihat suatu post yang agak istimewa daripada rakan sependakian, Haryati Abu Bakar. Sekali imbas memanglah macam tiada apa yang istimewa tapi 'kecacatan' mata tiba-tiba melihat sesuatu dalam gambar yang dipaparkan dalam fb cik yati ni.

Bila diberitahu, sang penangkap gambar cuma gelak-gelak aje. Macam tak ada apa-apa.

"Kau ni Apak, ada-ada aje yang kau nampak. Aku nampak kasut aje lah. Dah tak tahu apa nak buat, aku letak kasut kat situ dan snap," kata Yati.

Ahhh ... macam mana nak cakap yang dia dah 'terakam' makhluk di sebalik batas mata manusia normal. Akhirnya, ambil telefon dan terus mendail no si kecil ni dan paksa dia lihat dan renung betul-betul. Terkejut juga bila melihat gambar yang dirakam.

"Apakkkk ... gambar apa aku snap niiiiii?' Ada gementar dalam suaranya. TAHNIAH YATI, kau dah rakam gambar invisible woman dan rakan-rakannya yang lain.

Gambar ikhsan FB Haryati Abu Bakar

Bila dikenang kembali, memang banyak penampakan yang suka entre frame masa gambar diambil, terutama sekali di bangunan-bangunan lama, hutan, kawasan pergunungan dan jugaaaaa rumah sendiri. Tapi setakat ni, kamera yang dipegang tak pernah berpeluang snap gambar-gambar makhluk alam satu lagi.

Pernah sekali mengikuti rombongan ke hutan tertua dunia. Dua ratus juta tahun usianya. Jauh tua daripada peradaban manusia! Dan setiap detik, setiap pusingan kepala, memang akan terlihat penghuni asal tempat ini. Ada yang jelek, banyak yang cantik. Daripada beruang setinggi pokok sehinggalah kunang-kunang hampir sebesar tapak tangan. Semuanya ada di sini.

Hari pertama menjejakkan kaki ke dalam rumah bot (Boat house), terus sahaja terlihat seorang anak kecil sedang berdiri di 'tiang seri'. Senyap sahaja ia memandang kami. Bila mata melihat tepat kearahnya, ia melarikan pandangannya. Memula ingat anak tuan empunya rumah bot. Dibiarkan sahaja.
Rumah bot - Gambar Hiasan

Selepas meletakkan barang di tingkat atas rumah bot, mata terus memadang ke arah pemandangan ke arah sungai yang berliku dan gelap airnya. Deruan angin yang menampar, membuai layu mata. Kusyen di kerusi kelihatan sungguh empuk dan menarik. badan direbahkan.

Tidak tahu berapa lama terlena, tiba-tiba terasa seperti ada yang memerhati. Mata dibuka perlahan. Suatu bayangan hitam terlihat. Ahhh ... mainan mata yang sedang layu. Namun bila rasa ada tangan dingin tang menyentuh bahu, mata segera dibuka.

Sekali imbas terlihat seorang anak kecil sedang berlari ke arah bilik yang kosong. Suhu yang sedia dingin semakin menggigit walaupun matahari masih belum mahu berehat.  Tiada kedengaran bunyi tapak kaki menghentam papapan lantai rumah bot walaupun gelak si kecil masih ternigang di telinga.

Hampir pukul 6.00 petang rupanya. Mungkinkah ia mengejutkan agar tidak terlajar tidur sehingga ke maghrib? Mungkin juga. Seperti yang dijangka, hampir maghrib, baru dapat mencecahkan kaki ke destinasi.

Melekit pula rasa badan setelah mengaturkan kabin para tetamu selebriti. Sayup-sayup kedengaran azan Maghrib dari kejauhan. Mungkin dipasang dari rumah bot sebagai peringatan untuk bersolat. Menapak kembali ke rumah bot, sekumpulan pak haji berjubah putih dan berserban melintasi. Wajah mereka amat jernih dan segak. Haruman attar, pandan, cendana dan pepohonan yang wangi menerpa hidung. Ahhhh ... penghuni asal perhutanan ini rupanya. Senyuman dileparkan dan bagai terpaku, terus melihat kumpulan ini melintasi denai yang lecah dan menghilang di sebalik pepohoan kayu yang meninggi.

Malam pertama di dalam hutan, begitu damai terasa. Keheningan disulami dengan lagu-lagu siulan sang burung dan gesekan merdu sang cengkerik, mendamaikan jiwa yang berkecamuk. Segala gundah dan risau mencair dalam air sungai yang mengalir tenang.

Entah mengapa, setelah Isyak, mata terpandang ke tengah tasik yang luas. Di celah-celah pokok kayu yang tinggi melangit, terlihat sejaluran cahaja ungu kehijauan terpancar. Semakin lama semakin terang. TIDAKKKK ... TIDAK MUNGKINNNN ... Mana mungkin Aurora Borealis kelihatan di tanah semenajung ... di TANAH MELAYU. Mana mungkin jaluran cahaya hijau/ungu ini menari di kawasan yang hampir dengan garisan khatulistiwa. Tidak masuk akal tetapi mata terus sahaja memerhati!

Pemandangan yang hanya kelihatan di kawasan berhampiran dengan kutub sahaja! Sekadar gambar hiasan
Mungkinkah penghuni di sini tahu ada manusia yang tiada hijab mata sedang memerhati kawasan? Ahhhh ... ini baru sahaja beberapa jam di sini. Ada lagi tiga hari menjadi pemukim sementara daerah indah ini. Mungkinkah ada lagi penampakan?

Mungkin ......

Kunang-kunang/Api-api/Firefly .... beza nama, namun keindahan tetap serupa

16 comments:

  1. Depa ni nk tunjuk keberadaan depa bersama kita sbgai sesama makhluk Allah

    ReplyDelete
  2. Cik zul sy nk tny. Kdg2 Ada org tgkp gambar kemudian tunjuk Kat org yg Ada makhluk halus dlm gmbr Tu seperti yg Cik zul tunjukkan. Yg Kita tahu makhluk Tu xboleh nmpk dgr mta kasar, jdi boleh masuk jgak ke dlm gmbr.maksud sy dia akan tunjukkan kan diri dia dlm gmbr tu? Ada teknik ke nak tau gmbr kelibat makhluk tu Photoshop atau real?

    ReplyDelete
  3. Saya tak berapa arif tentang teknik pengambilan gambar dan selalunya gambar2 mistik ini ditangkap oleh mereka yang bukan pakar tentang kamera. Pernah sekali saya mengambil gambar di gunung tahun tahun 89, dah tertangkap seorang petapa. tiada guna teknik photoshop seba ketika itu memang tiad komputer atau apps yang cecanggih. saya pun bingung nak explain mengapa 'mereka' ini hendak entre frame. mungkin mahu memberitahu dunia bahawa mereka juga wujud barang kali

    ReplyDelete
  4. Benar tn zul,
    tn zul nk btanya,jika roh,mcmna pula bentuk wajahnya? Adakah sama spt rupa yg zahir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahu sebab saya tak dapat bezakan roh, qarin atau makhluk lain.

      Delete
  5. Antara pengalaman saya,pindah rumah baru,blaku pd suatu malam didlm bilik,bila mata saya seakan mamai,kelihatan jelas susuk tubuh perempuan muda,bpakaian putih spt siluman dlmciter cina,saya nmpk dan cuba nk bgn,terasa kaku seketika,tubuhnya berada diantara tgh2,terapung,dan seakan2 nk beritahu sesuatu...saya trs lenakn mata.pd kemudian harinya,saya btanyakn pd kwn,dan mohon tgkkn..katanya rohnya yg tgantung antara langit dan bumi..dan menjd mangsa bunuh..mgkn atas sebab rohnya tk redha,dan msh bdendam,rohnya tk naik keatas,Waallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roh adalah antara rahsia Allah. Selalunya yang kelihatan bukan roh tetapi Qarin. Qarin inilah yang menjelma di hadapan mata. Saya tak berani nak mengupas tentang roh ini sebab bukan bidang saya. Kena tanya Ustaz yang pakar

      Delete
  6. Tira nampak 'perempuan' dalam gambar tu. Uhuii! Seram. Nasib baca siang2 buta ni ha.

    ReplyDelete
  7. Kt rumah kami, org rumah selalu nmpk...tpi org rumah buat dekk je...apa patut buat..

    ReplyDelete
  8. Kt rumah kami, org rumah selalu nmpk...tpi org rumah buat dekk je...apa patut buat..

    ReplyDelete
  9. Jika dalam gambar ihsan kak Yati tu, sy nampak kabur² susk wanita seolah mcm memakai seledang tutup kepala guna kain batik mcm gadis² zaman dulu. Kalau Tn Zul, adakah nampak jelas? Atau bgaimana?

    ReplyDelete